Friday, 27 February 2009

langkah baru bermula..

Ribuan langkah kau tapaki
Pelosok negri kau sambangi
Ribuan langkah kau tapaki
Pelosok negri kau sambangi

Tanpa kenal lelah jemu
Sampaikan firman Tuhanmu
Tanpa kenal lelah jemu
Sampaikan firman Tuhanmu

Terik matahari
Tak surutkan langkahmu
Deru hujan badai
Tak lunturkan azzammu

Raga kan terluka
Tak jerikan nyalimu
Fatamorgana dunia
Tak silaukan pandangmu


Semua makhluk bertasbih
Panjatkan ampun bagimu
Semua makhluk berdoa
Limpahkan rahmat atasmu

Duhai pewaris nabi
Duka fana tak berarti
Surga kekal dan abadi
Balasan ikhlas di hati


Cerah hati kami
Kau semai nilai nan suci
Tegak panji Illahi
Bangkit generasi Robbani

Doa Rabithah
(OST sang murobbi - Izzatul islam)


Sesungguhnya Engkau tahu
bahwa hati ini telah berpadu
berhimpun dalam naungan cintaMu
bertemu dalam ketaatan
bersatu dalam perjuangan
menegakkan syariat dalam kehidupan

Kuatkanlah ikatannya
kekalkanlah cintanya
tunjukilah jalan-jalannya
terangilah dengan cahayamu
yang tiada pernah padam
Ya Rabbi bimbinglah kami

Lapangkanlah dada kami
dengan karunia iman
dan indahnya tawakal padaMu
hidupkan dengan ma'rifatMu
matikan dalam syahid di jalan Mu
Engkaulah pelindung dan pembela

of istighfar - kebahagiaan - mukmin luar biasa

-------->
Astaghfirullahal’azim..
Beristighfar lah banyak-banyak..
Kuasa istighfar tanpa kita sedari..
Meminta ampunan daripadaNya setiap ketika..
Meminta kekuatan daripadaNya setiap ketika..
Beristghfarlah bila dipuji, bila marah, bila-bila masa saja.

--------->
Tadi bertanya seseorang, apa itu kebahagiaan?
Dia kata kebahagiaan tu bila kita dapat apa yg kita inginkan..gembira.
Apa yang kita inginkan?
Kebahagiaan yang kekal abadi?
Macam mana tu?
Siapa boleh bagi tu semua?
hanya ALlah swt.

---------->
Orang mukmin itu luar biasa.
Bila dapat kesenangan, ia bersyukur,
bila dapat musibah, ia bersabar.
Pada mereka, segala urusan adalah baik.

Nak jadi mukmin yang bahagia? Banyakkan istighfar..

Tuesday, 24 February 2009

"Masa itu sendiri adalah tarbiyah.."

"Masa itu sendiri adalah tarbiyah.."

.............................................
.............................
...............

I’m waiting...

I’m waiting.
Saya sedang menunggu.
Jika benar mereka kata mereka kasihan dengan pekerja-pekerja McD dan syarikat yang diboikot,,,
Mereka patutnya buat gagasan utk membela nasib pekerja ni.
Mereka patut tolong mereka cari alternatif tempat utk mencari rezeki. Jadi usahawan ke. Apa2 yang patutlah...
Itupun jika benar mereka kata mereka kasihan lihat pekerja McD dok keluar tengah panas memanggil pelanggan datang makan.
Betulkah mereka kasihan??
atau sebenarnya mencari ruang dan alasan untuk memenuhi keinginan untuk makan di situ?
Jika saya salah sangka, maafkan saya.
Apepun..
Jangan sekadar simpati.
Buat sesuatu!

-->saya kasihankan saudara di palestin juga

Saturday, 14 February 2009

Laparnye saye..vs..hidup mereka..



Betapa lemahnya kita jika tak dapat mengawal perut sendiri.
Tak dapat tahan nafsu lapar sendiri,
tak dapat tahan keinginan dan ketagihan terhadap makanan segera bernama McD dan lain-lain..

dalam erti kata lain, melayan ketagihan anda samalah dengan
melayan ketagihan Israel terhadap darah saudara kita.

Anda boleh bagi apa jua alasan, samada hal ekonomi negara, ekonomi pekerja kedai makanan segera tersebut, atau merasakan boikot ini tidak membawa apa-apa kesan.

Tak kisahlah apa jua alasan..
alasan hanyalah alasan..
alasan
yang membawa tindakan kepada menambah saham untuk ke neraka.
Memberi saham kepada Israel untuk membunuh saudara anda sendiri..

Kalau dah tiada pilihan lain sangat, dah tahap darurat tak de makanan dan hampir mati, bolehlah juga nak jamah,
(btw, di Palestin, dikhabarkan, hanya 2 buah kedai roti dibuka. Kerana tak cukup energy supply, dan food supply. Mereka juga ada yang sampai tahap makan rumput je..and yet, ANDA tak tahan gian makan burger je??)

Fikirkan, seolah-olah anda membeli peluru untuk menembak, membunuh, dan menguburkan kakak, abang, adik, atau ibu ayah anda sendiri..
Anda sanggup??

You killed them!

I’m not exagerrating..fatwa telah lama dikeluarkan oleh Qaradhawi. Saya pernah dikutuk dan dimarahi kerana memboikot suatu masa dahulu.. sehinggakan saya akhirnya hanya memboikot dalam senyap.

Sungguh pelik zaman sekarang. Benda yang betul, malu pula kita nak buat terang-terangan. Benda yang salah, tak tahu malu pula.
Tak tahu malu masuk ke Mc..? Silakanlah..

Dahulu saya pernah sampai ke tahap tak makan aiskrim. Sebab kawasan saya yang ada hanyalah jenama Nest…dan satu lagi jenama yang sangat terkenal di Malaysia, tapi rupa-rupanya banyak produknya tak dapat pengiktirafan halal JAKIM (jenama W...).

Oh ye, tentang nasib pekerja Mc… dan pekerja-pekerja syarikat yang menyokong Israel?
Ha, yang kerja kat tempat-tempat tu, apa kata kita cuba cari pekerjaan lain. Nak hidup bergelumang dalam dosa? Tak sanggup berkorban sikit untuk saudara sendiri? Mungkin ini masanya anda buka gerai burger sendiri.. Para usahawan dan ahli perniagaan di luar sana, apa kata cuba venture ruang perniagaan yang lebih?

Cubalah buat yang terbaik..yang berkualiti supaya orang bukan hanya membeli kerana mencari alternatif, tetapi lebih dari itu..

Kesan kepada ekonomi Malaysia? Masa inilah kita patut menyokong industri tempatan. Pada masa inilah juga kita harus ambil peluang mengeluarkan produk sendiri yang berkualiti dan setanding jenama lain.. alah, mereka punya produk kadang-kadang bukan baik pun.
Hanya sebab ada pemasaran dan penjenamaan yang bagus, ada penyelidikan yang bagus..

http://www.eramuslim.com/berita/palestina/tak-ada-makanan-warga-gaza-makan-rumput.htm

Friday, 13 February 2009

Siapa mahukan kebaikan?? angkat tangan!!



Setiap manusia dilahirkan secara fitrahnya nak benda yang baik dan nak kebaikan..
walaupun mungkin skopnye kecik, contohnya nak kebaikan utk diri sendiri je ke..

tapi semuanya nak kebaikan!
betul tak??

so,
Siapa nak jadi lebih baik dari semalam?? Angkat tangan!!

jom ikut saya..
jalan ni dari dulu lagi orang kata jalan orang giler..hehe..
tapi saya tak kisah..
kerana saya yakin dengan jalan kebenaran!

tak nak ikut saya??
takpe, ikut lah orang lain yang ingin membawa kebaikan jugak..
yang penting,
arah tuju kita sama!

mari menuju kemenangan!
menuju ke arah yang satu!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails