Friday, 19 December 2008

Dialog mengejut

- Awak dah berdakwah di tempat awak?

~haa…dakwah?

- nape? takut dengan branding dakwah ke? dakwah tu kan promote Islam?? ape asingnye di situ??
- Berdakwah ni tanggungjawab semua umat Islam. Kalau orang Islam seperti awak tak buat, siapa lagi? Nak tunggu ustaz je yang sebarkan Islam ni?
-Apa al-Quran kata tentang kegunaan akal fikiran kurniaan Allah kepada kita?

~…….hmm…untuk mempelajari segala yang ada di sekitar kita tentang Allah..?

- Alhamdulillah, awak nampak kebenaran itu…Allah suruh sampaikan khabar gembira. Kalau benar dan yakin dengan khabar gembira ini, kenapa pula kita nak simpan kebenaran dan kegembiraan ni sorang-sorang?

~ye tak ye….

- Kalau kita tak buat dan membiarkan saja, rugilah kita. Rugi. Awak tentu tak nak rugi kan?

~ of course tak nak rugi. nak untung! hehe

- fikirkanlah,kalau kita tak berdakwah ke jalan Allah, raaamai lagi yang terus menerus berdakwah ke arah jalan sebaliknya. Sayang sekali. Jadi, nak biarkan saja dakyah syaitan ke arah kebatilan?
- Mahu jadi orang yang pertama bangun berjuang
atau hanya duduk dan cuba untuk tidak ambil peduli?
Atau mahu duduk diam, baik sorang-sorang, dan mengutuk orang lain tanpa buat apa-apa? Apa lagi pilihan anda yang lebih teruk lagi?
Mungkin juga anda sendiri terpengaruh dengan dakyah tersebut, lalu terjerumus terus ke lembah kehinaan..??

- Benarkah awak hamba Allah?

~ errkk..

- kalau benar, bangunlah dan berikanlah peringatan kepada orang-orang lain..

Wahai orang yang berselimut!
Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran.
Dan Tuhanmu, maka agungkanlah kebesaranNya!
Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan.
Dan segala kejahatan, maka hendaklah engkau jauhi.

(al-muddatsir: 1-5)

Saturday, 13 December 2008

jalan-jalan Borneo (28nov-6dis2008)






Siapa sangka saya akan sampai ke Brunei? Walaupun saya pernah membuat senarai tempat ingin dilawati masa zaman sekolah dulu, tapi Brunei tak pernah berada dalam senarai saya. Walaupun waktu dulu (iaitu di zaman sebelum Malaysia dilambakkan dengan pelbagai taman tema sekitar negara), ayah saya pernah beritahu bahawa di Brunei ada taman tema yang ala-ala Disneyland..haha..itulah dia, permainan anak-anak kecil.

Brunei vs. China?
Pelik juga, tempat di pedalaman China menjadi pilihan saya berbanding Brunei yang jauh lebih dekat. Mungkin disebabkan oleh pengaruh gambar-gambar di dalam buku dan di dalam dokumentari yang banyak menunjukkan kecantikan panorama negara lain berbanding promosi negara kecil yang kaya itu.

Tahun lepas adalah pertama kali saya ditemukan dengan sahabat-sahabat dari Brunei, tetapi hati saya tetap tidak menyangka akan sampai ke Brunei. Sekurang-kurangnya tidak seawal ini. Mungkin selepas ada duit gaji sendiri detik hati saya. Malah, sehingga ke hari akhir sebelum bertolak ke Miri, saya tetap tidak meletakkan harapan tinggi, hanya berserah kepada ketentuanNya sama ada dapat sampai atau tidak. Dalam hati rasa gembira, tapi ia tetap meletakkan penyerahan bulat-bulat pada Allah.

bila buat keputusan??
Menariknya, kronologi peristiwa untuk menyertai jalan-jalan Borneo memang panjang, malah setiap daripada kami ada kisah tersendiri. Pada awal pengunguman jalan-jalan itu, saya tak yakin dapat menyertainya, maka saya terus berkata tak dapat nak pergi. Pertama sekali, saya tak dapat bayangkan apa alasan nak diberi kepada mak dan abah. Keduanya, selepas mengira-ngira bajet, saya tak rasa dapat menyertainya. Iyelah, ingatkan nak kena buat pasport lagi, manalah mampu. Tapi bila seorang rakan berkata dia bertekad nak membeli tiket sebelum memberitahu ibubapanya dan juga pasport berkumpulan lebih murah, maka saya pun terus memikirkan kemungkinan untuk pergi. Sebaik dapat duit biasiswa untuk semester, saya terus memasukkan duit untuk membeli tiket di luar pengetahuan keluarga.

bila takde duit...
Di penghujung semester pula, masalah ekonomi pula makin merudum…nak belanja makan sendiri pun tak lepas...mismanage duit kali ni..isyy..
hmm..sehinggakan saya terfikir, mana pula nak cari duit belanja untuk jalan-jalan? Nak ke Labuan teringin juga, tapi mana pula nak cari duit tambahan lagi. Duit untuk makan pun tak ada, hanya tiket semata-mata, macam mana pula nak tambah duit lagi. Yang kelakarnya, sehingga ke tahap saya terfikir nak jual barang-barang peribadi saya..hehe..nak gi pajak gadai arRahnu.. hehe..serius! Bukan apa, saya memang tak suka meminjam. Biarlah saya berlapar, tapi jangan sampai meminjam duit orang. Barulah terfikir yang tahun depan mungkin saya harus lebih serius mencari duit tambahan supaya lebih berdikari – 10 muwasofat tarbiyah individu muslim. Selama ini saya bergantung sepenuhnya pada duit biasiswa dan pemberian keluarga sekali-sekala.

bila nak mintak izin..
Seminggu sebelum bertolak, saya beritahu mak tentang Jalan-jalan Borneo, meminta restunya. Saspen juga. Masakan tidak, takut tak terjawab segala persoalannya. Alhamdulillah, mak tak banyak soal. Di antara soalan terawalnya adalah: dah beli tiket ke? Pasport macamana? Duit ada tak? Kemudian mak kata, sebelum mak pulang ke Kuantan dia akan tinggalkan duit di dalam bilik saya. Terima kasih mak! Bila saya pulang, terkejut juga bila saya melihat amaun duit yang diberinya. Alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya. sebelum itu, sudah berminggu-minggu juga saya berdoa agar dibuang rasa risau, curiga, dan apa-apa perasaan negatif dalam hati ibu saya agar dia dapat memberi restu pemergian saya. Alhamdulillah dikabulkan juga doa saya.

bila adik ikut sama..
Oh ye, apa yang lebih mendebarkan apabila adik angkat saya ikut sama dalam jalan-jalan kali ini. Si Pakcik ajak si adik. Saya pun kata ok, jom! Ada lagi yang nak ikut? Takde. Hmm..takpelah, mereka pun ada program lain. Tapi, nampaknya tekad si adik seorang ni sangat menggunung. Saya pun mengiakan kerana memikirkan dia yang telah banyak ketinggalan program tarbiyah selama ini, mungkin jalan-jalan ini peluang untuknya menebus segala yang telah dia tertinggal. Tapi saya ni tak macam kakak-kakak lain, ilmu saya sangat kurang, hati pun tengah kering dan keras, sedang mencari sesuatu untuk diri sendiri, bagaimana mungkin saya nak melayan si adik seorang ni?

Tak mengapa, nampaknya saya harus menjadi diri sendiri. Tapi di masa yang sama saya harus berusaha berDF, bukan hanya dengan si adik, tetapi juga sahabat-sahabat yang lain. Mungkin cara yang terbaik adalah membiarkan si adik belajar berdikari, dan yang penting sekali, biar si adik belajar daripada kakak-kakak yang lain. Inilah dia peluang dia untuk belajar daripada kakak-kakak yang hebat. Kalau tak, asyik dengar cakap saya saja, tentu bosan. Lagipun kali ini dia bukan adik saya seorang. Alhamdulillah di akhir jaulah, dia telah menjadi adik semua orang – buah hati kami semua. Itulah penangan si adikku yang seorang ni..

apa saya dapat??
Saya bersyukur dia telah menemui semula semangatnya yang hilang selama ini. Apapun, yang paling utama adalah Allah telah mengabulkan segala doa saya untuk si adik. Banyak perkara yang ingin saya katakan kepada si adik sebelum ini, tapi tidak kesampaian. Tapi alhamdulillah, Dia telah menyatakan segalanya kepada adik dan kami semua dalam pengisian sepanjang jalan-jalan ini. Banyak isu yang telah selesai. Saya benar-benar berharap si adik dapat nampak apa yang Allah ingin sampaikan kepadanya. Allah memang Maha Mengetahui. saya berharap dia dapat kongsikan banyak perkara dengan adik beradiknya yang lain yang tak dapat ikut sama ke Borneo.

bila kita cari perbezaan..
So how do you find Brunei? Ada perbezaannya dengan Malaysia?
~Err..saya rasa sama seperti di Malaysia – feels like at home. Tak banyak beza dengan Malaysia.
Oh begitukah? Mungkin sebab awak belum pergi ke tempat-tempat lain. Awak belum ke Bandar lagi kan? Gadong?
~Sudah
Oh, sudah??

Hmm.. pertama kali masuk ke sempadan Brunei, saya terus bersiap sedia dengan kamera saya. Ingin menangkap gambar pemandangan Brunei Darussalam. Ingin mencari apa yang berbeza dengan Malaysia. Apa sahaja yang berlainan dan unik, meski tanda jalan sekalipun. Memanglah ada bezanya sedikit-sedikit, tapi suasananya, semuanya tampak familiar, seperti di Malaysia. Tak kiralah, samada di Semenanjung atau Sabah Sarawak, pemandangan di Brunei, dapat saya hubungkan dengan pemandangan beberapa bandar dan kampung di Semenanjung. Sesetengah tempat kelihatan seperti di Shah Alam, ada yang seperti di Kuala Terengganu, Damansara, Sitiawan, mahupun Seremban. Tak banyak bezanya.

Mungkin saudara saya dari Brunei itu yang bertanya mengharapkan saya menceritakan dengan terujanya tentang perbezaan Brunei dengan Malaysia. Tapi malang sekali saya tidak menemukan jawapannya. Mungkin kerana saya selalu menjelajah banyak tempat di Semenanjung dan menemui pelbagai jenis orang dan pemandangan..Entahlah.. Sikap pemandu yang memberhentikan kereta memberikan pejalan kaki melintasi jalan juga pernah saya lihat di Malaysia. Walaupun tidak kerap, tapi ada juga beberapa kali, termasuklah ahli keluarga saya sendiri. Tapi sudah tentu pemandu yang kurang ajar lebih banyak saya temui menenggelamkan sikap segelintir pemandu yang berhemah.

Apapun, saya harap saudara saya itu tidak berkecil hati. Maaf banyak kerana tidak mampu memberi jawapan yang memuaskan hati.

Entah kenapa kita suka benar mencari perbezaan. Akhirnya apa yang saya temui, adalah persamaan. Ya, Brunei ini adalah watan kita. Memang tak sepatutnya kita mencari perbezaan itu. Kenapa tidak kita mencari persamaan? Bukankah persamaan yang menyatukan kita? Akhirnya saya hentikan pemikiran itu dan mengubah pencarian saya kepada yang lebih bermakna – mencari satu persamaan!

Adakah perbezaan itu tak penting? Tak, mengetahui dan mengenalpasti perbezaan itu bukanlah boleh diabaikan begitu sahaja. Ia juga pengetahuan yang berguna. Memang penting untuk mengenali budaya setempat dan pemikiran orang-orangnya. Dari segi itu, memang Brunei ada bezanya. Apa yang tak penting adalah perbezaan berbentuk fizikal yang mungkin boleh berubah. Contoh mudah, selepas 3 hari di Brunei, kami membuat generalisasi mudah bahawa semua rumah di sana ada plaster ceiling dan lampu yang cantik. Oh ya, penghawa dingin menjadi keperluan di setiap rumah dan harga minyak yang murah! Hehe..
Itu sahajakah?
Itu hanya di permukaan…kena korek rahsia lebih mendalam.

apa dicari di sana?
Satu lagi saya nak katakan di sini, if you are looking for buildings, monuments, or shopping complexes, anything like in KL & Putrajaya, or complicated highways like in Damansara, you won't find it here in Brunei. sorry. it is infact a simple place. unique on its own.

saya teringat kata-kata seseorang tentang tamadun. apa yang penting semasa Rasulullah, hendak membina negara dan ketamadunan bukanlah bangunan yang besar dan gah seperti ketamadunan Inca atau seperti kerajaan Lembah Bujang. yang penting pada awalnya adalah pembinaan modal insannya. sama seperti dilakukan dalam kerajaan Melayu Melaka dahulu dan Madinah. membina individu-individu muslim yang takutkan Allah dan cintakan Allah. lepas tu barulah mereka membina kehidupan dan ketamadunan yang bersumberkan ketauhidan itu. akhirnya yang ditinggalkan bukanlah sekadar candi dan wat yang gah diselubungi rumput, atau kitab yang bahasa dan tulisannya tidak mampu dibaca, tetapi insan yang tersemat nilai dan ilmu yang boleh dipegang sehingga bila-bila.

oleh itu, pada mulanya memang saya rasa kecewa kerana tidak banyak gambar yang menarik untuk diambil, tapi mengenangkan semula kata-kata di atas, saya rasa cukuplah Brunei dengan apa yang mereka ada. jangan ditambah lagi benda yang tak penting...keep it simple. oh yes, the palace, which is the biggest in the world should be kept simple too..!

Sekian dari saya kali ini.
Kalau nak tau lagi tentang waqi’ Brunei,Bintulu, dan Miri, hubungi saya secara peribadi ok?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails