Tuesday, 22 January 2008

erti maaf dan berlapang dada..



Air mata berlinangan laju
Di dalam hati
Saat itu baru teringatkan Dia
Bergegas mencari pembasah hati
Mencari-cari tempat berlindung
Jauh dari mata-mata yang memandang

Risau
Kesal
Rindu
Mengapa sekarang?
Mengapa baru kini aku mencari?

Virus-virus menyerang
Cucukan demi cucukan
Mengguris jiwa

“Nothing personal,
Nothing personal,
Be professional,
This is my profession,
Since I confessed my shahadah!”

Lalu kupujuk hati
Demi kebaikan semua
Tangan dihulur
Maaf dipinta
Jiwaku terus bersinar

Berlapang dadalah!
Semoga hatiku menjadi tenang
Terus kukuh,
teguh di jalanNya.
Amin.

 terimakasih Allah kerana menghantarkan tenteraMu di saat-saat suram dan sukar.
 sentiasalah meminta maaf daripada orang di sekeliling kita kerana kita mungkin tak sedar sedikit perbuatan kita atau kata-kata kita boleh menyentuh hati mereka negatively.
 My dear friends out there, minta maaf banyak2 segala salah silap saya selama ini. Semoga tiada apa yang disimpan di dalam hati…saya bukan manusia sempurna..ingat-ingatkanlah saya jika ada tersilap langkah dan kata..

1 comment:

- SIS NADIA - said...

salamun alayk...

sy pon nak berlapang dada jugak dengan semua org!!sama2 kita berusaha ye kak ai...

dan jazakillah kerana mengingatkan ana ttg kepentingan memberi kemaafan,berlapang dada dan berhusnuzon dengan semua pihak..

huhu..cikgu ai~*

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails