Friday, 19 December 2008

Dialog mengejut

- Awak dah berdakwah di tempat awak?

~haa…dakwah?

- nape? takut dengan branding dakwah ke? dakwah tu kan promote Islam?? ape asingnye di situ??
- Berdakwah ni tanggungjawab semua umat Islam. Kalau orang Islam seperti awak tak buat, siapa lagi? Nak tunggu ustaz je yang sebarkan Islam ni?
-Apa al-Quran kata tentang kegunaan akal fikiran kurniaan Allah kepada kita?

~…….hmm…untuk mempelajari segala yang ada di sekitar kita tentang Allah..?

- Alhamdulillah, awak nampak kebenaran itu…Allah suruh sampaikan khabar gembira. Kalau benar dan yakin dengan khabar gembira ini, kenapa pula kita nak simpan kebenaran dan kegembiraan ni sorang-sorang?

~ye tak ye….

- Kalau kita tak buat dan membiarkan saja, rugilah kita. Rugi. Awak tentu tak nak rugi kan?

~ of course tak nak rugi. nak untung! hehe

- fikirkanlah,kalau kita tak berdakwah ke jalan Allah, raaamai lagi yang terus menerus berdakwah ke arah jalan sebaliknya. Sayang sekali. Jadi, nak biarkan saja dakyah syaitan ke arah kebatilan?
- Mahu jadi orang yang pertama bangun berjuang
atau hanya duduk dan cuba untuk tidak ambil peduli?
Atau mahu duduk diam, baik sorang-sorang, dan mengutuk orang lain tanpa buat apa-apa? Apa lagi pilihan anda yang lebih teruk lagi?
Mungkin juga anda sendiri terpengaruh dengan dakyah tersebut, lalu terjerumus terus ke lembah kehinaan..??

- Benarkah awak hamba Allah?

~ errkk..

- kalau benar, bangunlah dan berikanlah peringatan kepada orang-orang lain..

Wahai orang yang berselimut!
Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran.
Dan Tuhanmu, maka agungkanlah kebesaranNya!
Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan.
Dan segala kejahatan, maka hendaklah engkau jauhi.

(al-muddatsir: 1-5)

Saturday, 13 December 2008

jalan-jalan Borneo (28nov-6dis2008)






Siapa sangka saya akan sampai ke Brunei? Walaupun saya pernah membuat senarai tempat ingin dilawati masa zaman sekolah dulu, tapi Brunei tak pernah berada dalam senarai saya. Walaupun waktu dulu (iaitu di zaman sebelum Malaysia dilambakkan dengan pelbagai taman tema sekitar negara), ayah saya pernah beritahu bahawa di Brunei ada taman tema yang ala-ala Disneyland..haha..itulah dia, permainan anak-anak kecil.

Brunei vs. China?
Pelik juga, tempat di pedalaman China menjadi pilihan saya berbanding Brunei yang jauh lebih dekat. Mungkin disebabkan oleh pengaruh gambar-gambar di dalam buku dan di dalam dokumentari yang banyak menunjukkan kecantikan panorama negara lain berbanding promosi negara kecil yang kaya itu.

Tahun lepas adalah pertama kali saya ditemukan dengan sahabat-sahabat dari Brunei, tetapi hati saya tetap tidak menyangka akan sampai ke Brunei. Sekurang-kurangnya tidak seawal ini. Mungkin selepas ada duit gaji sendiri detik hati saya. Malah, sehingga ke hari akhir sebelum bertolak ke Miri, saya tetap tidak meletakkan harapan tinggi, hanya berserah kepada ketentuanNya sama ada dapat sampai atau tidak. Dalam hati rasa gembira, tapi ia tetap meletakkan penyerahan bulat-bulat pada Allah.

bila buat keputusan??
Menariknya, kronologi peristiwa untuk menyertai jalan-jalan Borneo memang panjang, malah setiap daripada kami ada kisah tersendiri. Pada awal pengunguman jalan-jalan itu, saya tak yakin dapat menyertainya, maka saya terus berkata tak dapat nak pergi. Pertama sekali, saya tak dapat bayangkan apa alasan nak diberi kepada mak dan abah. Keduanya, selepas mengira-ngira bajet, saya tak rasa dapat menyertainya. Iyelah, ingatkan nak kena buat pasport lagi, manalah mampu. Tapi bila seorang rakan berkata dia bertekad nak membeli tiket sebelum memberitahu ibubapanya dan juga pasport berkumpulan lebih murah, maka saya pun terus memikirkan kemungkinan untuk pergi. Sebaik dapat duit biasiswa untuk semester, saya terus memasukkan duit untuk membeli tiket di luar pengetahuan keluarga.

bila takde duit...
Di penghujung semester pula, masalah ekonomi pula makin merudum…nak belanja makan sendiri pun tak lepas...mismanage duit kali ni..isyy..
hmm..sehinggakan saya terfikir, mana pula nak cari duit belanja untuk jalan-jalan? Nak ke Labuan teringin juga, tapi mana pula nak cari duit tambahan lagi. Duit untuk makan pun tak ada, hanya tiket semata-mata, macam mana pula nak tambah duit lagi. Yang kelakarnya, sehingga ke tahap saya terfikir nak jual barang-barang peribadi saya..hehe..nak gi pajak gadai arRahnu.. hehe..serius! Bukan apa, saya memang tak suka meminjam. Biarlah saya berlapar, tapi jangan sampai meminjam duit orang. Barulah terfikir yang tahun depan mungkin saya harus lebih serius mencari duit tambahan supaya lebih berdikari – 10 muwasofat tarbiyah individu muslim. Selama ini saya bergantung sepenuhnya pada duit biasiswa dan pemberian keluarga sekali-sekala.

bila nak mintak izin..
Seminggu sebelum bertolak, saya beritahu mak tentang Jalan-jalan Borneo, meminta restunya. Saspen juga. Masakan tidak, takut tak terjawab segala persoalannya. Alhamdulillah, mak tak banyak soal. Di antara soalan terawalnya adalah: dah beli tiket ke? Pasport macamana? Duit ada tak? Kemudian mak kata, sebelum mak pulang ke Kuantan dia akan tinggalkan duit di dalam bilik saya. Terima kasih mak! Bila saya pulang, terkejut juga bila saya melihat amaun duit yang diberinya. Alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya. sebelum itu, sudah berminggu-minggu juga saya berdoa agar dibuang rasa risau, curiga, dan apa-apa perasaan negatif dalam hati ibu saya agar dia dapat memberi restu pemergian saya. Alhamdulillah dikabulkan juga doa saya.

bila adik ikut sama..
Oh ye, apa yang lebih mendebarkan apabila adik angkat saya ikut sama dalam jalan-jalan kali ini. Si Pakcik ajak si adik. Saya pun kata ok, jom! Ada lagi yang nak ikut? Takde. Hmm..takpelah, mereka pun ada program lain. Tapi, nampaknya tekad si adik seorang ni sangat menggunung. Saya pun mengiakan kerana memikirkan dia yang telah banyak ketinggalan program tarbiyah selama ini, mungkin jalan-jalan ini peluang untuknya menebus segala yang telah dia tertinggal. Tapi saya ni tak macam kakak-kakak lain, ilmu saya sangat kurang, hati pun tengah kering dan keras, sedang mencari sesuatu untuk diri sendiri, bagaimana mungkin saya nak melayan si adik seorang ni?

Tak mengapa, nampaknya saya harus menjadi diri sendiri. Tapi di masa yang sama saya harus berusaha berDF, bukan hanya dengan si adik, tetapi juga sahabat-sahabat yang lain. Mungkin cara yang terbaik adalah membiarkan si adik belajar berdikari, dan yang penting sekali, biar si adik belajar daripada kakak-kakak yang lain. Inilah dia peluang dia untuk belajar daripada kakak-kakak yang hebat. Kalau tak, asyik dengar cakap saya saja, tentu bosan. Lagipun kali ini dia bukan adik saya seorang. Alhamdulillah di akhir jaulah, dia telah menjadi adik semua orang – buah hati kami semua. Itulah penangan si adikku yang seorang ni..

apa saya dapat??
Saya bersyukur dia telah menemui semula semangatnya yang hilang selama ini. Apapun, yang paling utama adalah Allah telah mengabulkan segala doa saya untuk si adik. Banyak perkara yang ingin saya katakan kepada si adik sebelum ini, tapi tidak kesampaian. Tapi alhamdulillah, Dia telah menyatakan segalanya kepada adik dan kami semua dalam pengisian sepanjang jalan-jalan ini. Banyak isu yang telah selesai. Saya benar-benar berharap si adik dapat nampak apa yang Allah ingin sampaikan kepadanya. Allah memang Maha Mengetahui. saya berharap dia dapat kongsikan banyak perkara dengan adik beradiknya yang lain yang tak dapat ikut sama ke Borneo.

bila kita cari perbezaan..
So how do you find Brunei? Ada perbezaannya dengan Malaysia?
~Err..saya rasa sama seperti di Malaysia – feels like at home. Tak banyak beza dengan Malaysia.
Oh begitukah? Mungkin sebab awak belum pergi ke tempat-tempat lain. Awak belum ke Bandar lagi kan? Gadong?
~Sudah
Oh, sudah??

Hmm.. pertama kali masuk ke sempadan Brunei, saya terus bersiap sedia dengan kamera saya. Ingin menangkap gambar pemandangan Brunei Darussalam. Ingin mencari apa yang berbeza dengan Malaysia. Apa sahaja yang berlainan dan unik, meski tanda jalan sekalipun. Memanglah ada bezanya sedikit-sedikit, tapi suasananya, semuanya tampak familiar, seperti di Malaysia. Tak kiralah, samada di Semenanjung atau Sabah Sarawak, pemandangan di Brunei, dapat saya hubungkan dengan pemandangan beberapa bandar dan kampung di Semenanjung. Sesetengah tempat kelihatan seperti di Shah Alam, ada yang seperti di Kuala Terengganu, Damansara, Sitiawan, mahupun Seremban. Tak banyak bezanya.

Mungkin saudara saya dari Brunei itu yang bertanya mengharapkan saya menceritakan dengan terujanya tentang perbezaan Brunei dengan Malaysia. Tapi malang sekali saya tidak menemukan jawapannya. Mungkin kerana saya selalu menjelajah banyak tempat di Semenanjung dan menemui pelbagai jenis orang dan pemandangan..Entahlah.. Sikap pemandu yang memberhentikan kereta memberikan pejalan kaki melintasi jalan juga pernah saya lihat di Malaysia. Walaupun tidak kerap, tapi ada juga beberapa kali, termasuklah ahli keluarga saya sendiri. Tapi sudah tentu pemandu yang kurang ajar lebih banyak saya temui menenggelamkan sikap segelintir pemandu yang berhemah.

Apapun, saya harap saudara saya itu tidak berkecil hati. Maaf banyak kerana tidak mampu memberi jawapan yang memuaskan hati.

Entah kenapa kita suka benar mencari perbezaan. Akhirnya apa yang saya temui, adalah persamaan. Ya, Brunei ini adalah watan kita. Memang tak sepatutnya kita mencari perbezaan itu. Kenapa tidak kita mencari persamaan? Bukankah persamaan yang menyatukan kita? Akhirnya saya hentikan pemikiran itu dan mengubah pencarian saya kepada yang lebih bermakna – mencari satu persamaan!

Adakah perbezaan itu tak penting? Tak, mengetahui dan mengenalpasti perbezaan itu bukanlah boleh diabaikan begitu sahaja. Ia juga pengetahuan yang berguna. Memang penting untuk mengenali budaya setempat dan pemikiran orang-orangnya. Dari segi itu, memang Brunei ada bezanya. Apa yang tak penting adalah perbezaan berbentuk fizikal yang mungkin boleh berubah. Contoh mudah, selepas 3 hari di Brunei, kami membuat generalisasi mudah bahawa semua rumah di sana ada plaster ceiling dan lampu yang cantik. Oh ya, penghawa dingin menjadi keperluan di setiap rumah dan harga minyak yang murah! Hehe..
Itu sahajakah?
Itu hanya di permukaan…kena korek rahsia lebih mendalam.

apa dicari di sana?
Satu lagi saya nak katakan di sini, if you are looking for buildings, monuments, or shopping complexes, anything like in KL & Putrajaya, or complicated highways like in Damansara, you won't find it here in Brunei. sorry. it is infact a simple place. unique on its own.

saya teringat kata-kata seseorang tentang tamadun. apa yang penting semasa Rasulullah, hendak membina negara dan ketamadunan bukanlah bangunan yang besar dan gah seperti ketamadunan Inca atau seperti kerajaan Lembah Bujang. yang penting pada awalnya adalah pembinaan modal insannya. sama seperti dilakukan dalam kerajaan Melayu Melaka dahulu dan Madinah. membina individu-individu muslim yang takutkan Allah dan cintakan Allah. lepas tu barulah mereka membina kehidupan dan ketamadunan yang bersumberkan ketauhidan itu. akhirnya yang ditinggalkan bukanlah sekadar candi dan wat yang gah diselubungi rumput, atau kitab yang bahasa dan tulisannya tidak mampu dibaca, tetapi insan yang tersemat nilai dan ilmu yang boleh dipegang sehingga bila-bila.

oleh itu, pada mulanya memang saya rasa kecewa kerana tidak banyak gambar yang menarik untuk diambil, tapi mengenangkan semula kata-kata di atas, saya rasa cukuplah Brunei dengan apa yang mereka ada. jangan ditambah lagi benda yang tak penting...keep it simple. oh yes, the palace, which is the biggest in the world should be kept simple too..!

Sekian dari saya kali ini.
Kalau nak tau lagi tentang waqi’ Brunei,Bintulu, dan Miri, hubungi saya secara peribadi ok?

Tuesday, 30 September 2008

Kembali ke comfort zone: ZON BAHAYA!

Untuk siri kali ini yang dinamakan seperti di atas, kami akan mengetengahkan beberapa cerita yang dikumpulkan sempena kembalinya kebanyakan orang ke zon selesa masing-masing, iaitu rumahku syurgaku. Memang suatu saat yang membahayakan apabila kembali selesa. Alhamdulillah orang-orang seperti di bawah walaupun tersasar kadangkala, namun masih mampu memakai cermin mata Islam sewaktu memandang keadaan sekelilingnya. Mari kita lihat sejauh mana mereka dapat bertahan di dalam zon bahaya ini? Hehe..

Cerita Meilin: Focus

“tau tak tadi imam tu baca surah apa?”
“ha? Tak perasan pulak.”

~huhu.nampak sangat Meilin tak khusyuk tadi!~

Meilin ikut kakak gi iktikaf pada hari tu di sebuah masjid. Masa Subuh tu, Imam membacakan surah Qof. Hmm..so where’s this story going? Sabar ye.

Well, tadi Meilin pergi iftar dan solat fardu & teraweh kat sebuah masjid yang cantik di Malaysia ni for the first time with family. Alhamdulillah. Sampai juga hajat Meilin. Iftar di masjid bukanlah sesuatu yang menjadi kebiasaan dalam familynya.
~macam tak pernah je? Buka kat hotel adelah kot?~

Malah, solat teraweh pun. Sejak kecil, Papa yang selalu pergi, tapi ahli keluarga yang perempuan tak pergi pun. Adelah sekali tu Meilin ingat masa umur dalam 6-7 tahun ikut the whole family gi terawih kat masjid area Ulu Klang. Peristiwa lain tak berapa nak ingat. Cuma yang pastinya, up till Meilin dok kat asrama at the age of 20, barulah dibiasakan dengan budaya bertaraweh.
Itupun sebab Meilin:
1. rasa sebagai pemimpin kenalah tunjuk contoh baik
2. ada kawan ajak
3. ada iftar yang best dalam dulang setiap malam, dan
4. ada seorang pelajar berkopiah biru yang diminati..

~huhu..sah-sah solat tak khusyuk sebab before solat mata ni jadi scanner (kami di tingkat atas, jemaah lelaki di bawah), cuba mencari di mana mamat tuh berada di kalangan jemaah yang ramai.~

Ok,cukup. Kembali kepada cerita asal. Tadi bila solat, Meilin cuba untuk memahami makna ayat-ayat suci al-Quran yang dibacakan oleh Imam melalui butir kata Arab yang difahami sikit-sikit, sama seperti yang kakak Meilin katakan; iaitu dengar betul-betul apa dibaca oleh Imam. Cuba fahami, insyaAllah menusuk ke dalam hati, walaupun tak faham sepenuhnya Bahasa Arab.

Betul juga, Rasulullah dulu pun lecture para sahabatnya melalui bacaan dalam solatnya. Segala pesanan disampaikan di dalam solat dalam bentuk ayat al-quran. Alangkah indahnya jika kita dapat lakukan itu di luar waktu solat juga!

Jadi, hasilnya? Memang berkesan untuk khusyuk solat. Jika dahulu, Meilin rasa solat sendirian lebih khusyuk, tetapi sekarang Meilin sudah faham manfaat solat jemaah.

Semasa solat juga Meilin lihat sekeliling, iaitu jemaah wanita, lalu terfikir;
“Wow, this is my family. They are all my sisters. Saudaraku. Tetapi kenapa kami semua masih takut-takut untuk berkenalan antara satu sama lain? Masih lagi duduk-duduk dengan orang yang dikenali sahaja?”
Melihatkan jemaah lelaki di hadapan pula, Meilin terfikir;
“Alangkah baiknya jika jemaah sebanyak ini berkekalan ramai seperti ini selepas bulan Ramadan.”
“Alangkah baiknya jika jemaah di saf-saf hadapan ini mampu menjadi tentera Allah, mempertahankan Islam sebaiknya!”
Lalu Meilin doakan moga ia menjadi kenyataan.


Cerita Makcik : Eksiden

Tadi Makcik tonton tv. Selalunya kalau tonton tv, cepat betul panas punggungnya, cepat-cepat Makcik bingkas bangun berlalu dari situ atau capai suratkhabar untuk dibaca, sambil menemani keluarga yang menonton tv. Tapi kali ini Makcik tewas. Tertengok satu rancangan tv. Full. Sampai habis. Isy, ape nak jadi ni Makcik?

Tamat rancangan tu, ada pula rancangan tv lagi satu – macam dokumentari jugak. Makcik pernah tonton kisah ini, tapi dia duduk tonton juga. Ada kisah seorang ni yang kepalanya tertusuk besi. Bagaimana? Sewaktu pakcik ni memandu untuk menghantar piza, sebuah kereta di hadapannya terlanggar sebatang besi di atas jalan, lalu terpelanting masuk batang besi itu melalui cermin depan kereta pakcik dan tertusuk di kepalanya.

Suatu peristiwa yang tak disangka-sangka. Memang pelik, tapi itulah takdir Allah swt. Apa sahaja boleh berlaku di bawah izinNya. Bila-bila masa saja Dia boleh tarik semula nyawa kita. Kalau Dia mahu, jatuh longkang sedalam 12 sentimeter saja pun boleh meninggal dunia. Kalau Dia mahu, seorang fitness trainer atau nutritionist yang sihat pun boleh meninggal disebabkan oleh penyakit jantung.

Lalu Makcik terfikir dan bersyukur. Makcik pernah eksiden suatu ketika dahulu. Sewaktu konvoi dengan rakannya, kereta rakannya yang di hadapan terlanggar divider jalan. Lalu kereta Makcik di belakang melanggar beberapa benda di atas jalan hasil eksiden kereta di hadapannya, seperti besi divider dan bermacam-macam lagi. Memang bahaya. Jalan gelap. Makcik brek mengejut sehingga tayar depan pancit. Apabila makcik teringat rancangan tv tadi tu, makcik sangat bersyukur yang dia tidak apa-apa malam itu.
Sangat-sangat bersyukur !

Lalu Makcik sampai kepada satu conclusion: Allah sangat sweet. Ada sebab kenapa Dia suruh Makcik tonton rancangan tv ini. Padahal episod ini pernah Makcik tonton sebelum ini. Makcik bersyukur kerana Allah bantu dia menonton episod kali ini dengan pandangan berbeza, iaitu sebagai hamba Allah. Alhamdulillah.

Lalu Makcik bingkas bangun dari tempat itu untuk pergi menyatakan syukur dan terima kasihnya kepada Allah swt.


Cerita Ezee: Looking at different people

Ezee geram sangat lihat mata-mata mereka memandang Ezee. Nampak sangat mereka ni prejudis terhadap Ezee. Mentang-mentang Ezee bukan sekolah agama, pakaian tak macam diorang! Susah untuk Ezee terima mereka, walaupun mereka hanya memandang begitu. Kadang-kadang tersengih dan tersenyum pula. Ezee betul-betul tak faham.

“ pergilah berkenalan dengan budak-budak Syariah tu. Dia kan satu floor dengan kau. Junior pulak tu. Sian diorang, budak baru ni kena dibantu..’’

“ isy, taknak lah aku. Diorang ni pandang semacam kat aku. Macamlah diorang tu baik sangat. Lagipun siapa senior kat sini? Aku ke dia yang kena tegur aku? Budak baru ni tak boleh buat baik sangat. Nanti dia pijak kepala kita’’

“..loh..ke situ pulak dia..sukati ko lah Ezee. Tapi, apa yang aku tau, tak rugi berkenal-kenalan dan merendahkan diri. Kalau orang tak suka sekalipun, Allah suka. Allah tak lihat pada seniority atau course seseorang tu untuk menilai mereka..

..yang aku nampak, ko tu yang prejudis terhadap mereka. Belum kenal lagi, dah macam-macam assumptions ko buat. Kalau betul pun nanti mereka tegur cara pemakaian ko, memang patut pun. Kiranya mereka tu sayangkan ko. Tanak ko termasuk dalam golongan dimurkai Allah. Salah ke mereka buat macam tu? I mean, itupun kalau mereka betul-betul tegur lah!’’

“…..”


~Ramai sangat orang yang sangat mudah untuk menuduh orang lain sebagai seorang yang prejudis, tapi sebenarnya dialah yang lebih prejudis terhadap orang lain. It’s not about who starts first/ siapa mula prejudis dulu, because it doesn’t really matter. What matters most is that you have that prejudices in your heart long before you say it or act it out. Betul tak? Ramai je yang prejudis dalam diam.
So how do you look at people actually? Time to muhasabah diri. To have zero prejudice, well, just remember that we are all servants of Allah and nothing else. So why must you have prejudices? It’s time to put everything in a positive light. You won’t regret it.
Allah loves you Ezee!~

Wednesday, 3 September 2008

Ayah, ibu restui perjuanganku - alarm me


Namamu menyerlahkan seri di wajahmu
Kelembutanmu tiada bandingannya
Engkaulah insan yang sangat kusayang
Kehadiranku kerna pengorbananmu

Dan harapanku agar engkau merestui
Perjuanganku ke arah kebenaran
Kerana engkau laksana awan di langit
Ibarat memayungi setiap insan

Demi cintaku ini
Aku kan berjanji berbakti padamu
Walau ku tahu tak mungkin dapat membalas jasamu
Demi kasih dan syaang
Aku rela berkorban apa saja
Kerna kini ku tahu syurga
Di tapak kaki ibu

Kau umpama permata di hatiku
Memberikanku sinaran cahaya cintamu yang suci
Kau bak mutiara di samudera
Tetapkan berharga untuk selama-lamanya

Semenjak kita lahir ke dunia ini
kita dibelai dan dimanja
Kerana itu janganlah menderhaka
Pada dua insan bernama ayah dan ibu

Oh Tuhan ampunilah dosa-dosaku
Dan dosa kedua orang tuaku
Kasihi mereka sebagaimana mereka
Mengasihiku sewaktu dahulu

Thursday, 21 August 2008

ad hoc

Ad hoc. That’s the word that best described my action yesterday. Well, after toying the idea of jaulah, I suddenly said that it is ON. And it is ON within a few hours from now. So get ready!

Ad hoc changes and the ability to do it on the spot. This is what I learnt a lot from tarbiyah. Expect the unexpected. Be ready for anything, everything.

My first experience of ad hoc changes
“awak kena stay kat sini kot? Tunggu sampai majlis ni habis, lagipun dah lewat sangat ni..”
“Tapi, saya tak bersedia untuk bermalam di sini?”
(monolog dalam hati –“tak bawak berus gigi la. Hmm..bawah tu kan ade kedai?? Okaylah. Lagipun kalau balik sekarang rasa rugi sangat kan?”)

My second experience – I came to a house for a meeting, suddenly kena tunda ke hari lain… hari lain yang bermakna saya tak boleh balik rumah hari ni sebab sok pagi-pagi meetingnye..huhu..okay, susah nak ubah jadual saya waktu tu. mungkin sebab baru ditarbiyah kot. Saya decide untuk pulang sahaja. Rugi saya.

“Maaf banyak-banyak, tapi saya tak tau pun petang ni kita ada meeting. Saya baru je tau sebentar tadi. Saya dah janji nak buat something else petang ni.”
Hmmm…?? Saya dulu selalu je buat statement macam di atas tu. Actually itu adalah ayat berbentuk defensive, escapism. Tapi tahukah anda, bahawa anda bukanlah satu-satunya yang baru tau tentang meeting adhoc tu. Kami yang baru sampai ni pun baru tau gak. Kami tunda ape-ape program yang kurang penting. Buat sedikit pengorbanan, ikut priority.

Well, it’s good kalau kita ada schedule tertentu, tapi adakalanya kita kena gak buat perubahan ad hoc. Kena buat choices. Tapi kalau ada yg lebih penting tak mengapalah. Cuma kadang-kadang kata-kata itu membuatkan orang lain rasa bersedih hati. Yelah, mungkin membuatkan mereka rasa bersalah kerana lambat bagi info?

Dulu-dulu kalau program, my mindset adalah pulang terus selepas program berakhir. Tapi kini tak lagi. Sebab saya sedar bahawa perkara yang paling best selalunya berlaku selepas program. Tak kisahlah sama ada ia bermaksud perlu mengemas tempat, bermeeting lagi, menghantar pulang rakan ke bus station, mahupun terus ke medan perang untuk ketuk mengetuk bilik orang. Jadi jadual saya selepas program adalah selalunya dikosongkan untuk perkara-perkara lain yang tidak dirancang.

Ada kisah ni, mereka semua pulang dari program. Brothers pun dah berehat selepas sampai ke destinasi. Tiba-tiba dapat panggilan daripada sisters yang meminta bantuan kerana sangkut di dalam perjalanan pulang. Dahlah baru pulang kepenatan, nak ke tempat mereka jauh pulak tu. Tetapi mengingatkan kisah perang hamara al- asad, iaitu Rasulullah suruh semua yg telah berhempas pulas berlawan di medan Uhud, tiba-tiba dipanggil lagi untuk berperang. Belum sempat pun luka mereka sembuh. Bila dipanggil untuk berjuang, mereka terus berjuang. Lalu brothers ni pun terus pergi memberikan bantuan.

Kenapa pula kita tidak mahu menjadi seperti mereka? Lagipun, hasilnya nanti kembali kepada kita juga, tak kisahlah samada di syurga kelak pun. Kadang-kadang, dapat faedahnya pada masa dan ketika itu juga. Yelah, contohnya ajakan ke mjlis ilmu secara tiba-tiba. Kenapa pula harus menolak semata-mata untuk membasuh pakaian. Dah sampai tahap kritikal ke?

Ada satu lagi kisah. Seorang sister ni tak bermimpi pun nak berjaulah pada weekend itu. Bahkan jaulah tersebut adalah ke negeri pantai timur. Dia ingatkan takde orang nak ajak dia dan tempat tak cukup, jadi dia pun tak terfikirlah nak pergi. Hampir-hampir nak merajok. Tapi, tiba-tiba dia decide nak pergi. Hanyalah beberapa jam sebelum bertolak kot? Mulanya dia dijadualkan untuk naik bas ke sana, tapi entah macamana dia menjadi antara orang yang terakhir bertolak bersama-sama kereta. Masa hari terakhir juga dia terfikir untuk pulang awal bersama sister lain menaiki bas. Tetapi entah macamana dia ubah fikirannya. Dan dia bukanlah satu-satunya sister yang ubah fikiran untuk tidak pulang awal. Ada juga sister yang lain buat keputusan begitu. Maka dia bertolak lewat- dah malam pun, walaupun sister ni ada kelas esok paginya. Di dalam kepalanya terfikir untuk ambil baju yang tak perlu digosok dan buku-buku sejurus sampai ke kolejnya pagi esok.

Maka, ditakdirkan Allah semasa perjalanan pulang dari berjaulah, mereka accident. Kejadian ini benar-benar membuatkan sister ini terfikir dan bersyukur dia berada di situ. Dia benar-benar pasti Allah pilih dia untuk berada di situ di saat itu untuk tarbiyah dirinya. Melihatkan orang-orang yang terlibat, dia yakin, setiap orang diuji mengikut keupayaan masing-masing. Dia redha dengan ketentuan Allah.

Ada sister ni patutnya pulang ke kampung di saat-saat akhir dia di negara ini, tetapi dia stay di hospital untuk jaga sister yang terlantar di hospital akibat accident itu. Seorang lagi sister ni pula korbankan tiket pulang ke negaranya semata-mata untuk bersama-sama sister yang pertama tu untuk menjaga sister yang di hospital itu. Maklumlah, mereka tiada komitmen untuk ke kelas mahupun ke tempat kerja. Beberapa orang pakcik dan makcik pula tidak putus-putus beri bantuan kepada semua yang terlibat dalam accident itu. Mereka sanggup bangun awal pagi dan bersengkang mata untuk membantu mereka yang terlibat, walaupun mereka harus bekerja keesokan harinya. Semua dilakukan atas dasar ukhuwwah islamiyyah.

Adakah buat program secara ad hoc tak bagus? Buat keputusan secara tiba-tiba adalah gopoh? Saya rasa tidak. Boleh saya katakan di sini, jangan takutkan perubahan secara tiba-tiba. Jika ia untuk kebaikan, mengapa harus menolak hanya kerana ia tiada dalam perancangan anda.

Coz you might be missing something big and precious. Perjalanan hidup ini penuh dengan kejutan. Allah Maha Merancang. So just be prepared for anything and everything.


oh ya, hidup ini perlukan pengorbanan. sanggup berkorban tak?

Friday, 1 August 2008

tiada peluang bertaubat



imagine a dead end
satu penghujung kehidupan yang tiada peluang untuk berpatah balik
tiada peluang
tiada langsung peluang
tiada
ini bukan guantanamo bay
bukan penjara manusia yang menyeksakan
jika di penjara pun, kita masih berpeluang berdoa dan meminta ampun dariNya.
tapi selepas mati?
tiada jalan untuk berpatah balik.
berTAUBAT

sedangkan banyak benda yang dikesalkan
banyak perbuatan, kata-kata, dan pengalaman hidup yang dikesalkan
kesal kerana tidak menjalankan kehidupan di dunia sepertimana yang disuruhNya.

penghujung kehidupan
itu tema mimpi saya beberapa malam yang lepas.

saya bermimpi menjadi ruh yang terawang-awangan, yang baru berpisah dari jasadnya.
saya menangis mengenangkan hidup saya yang tak seberapa. yang tidak cukup menjalankan tugas sebagai hambaNya.
umpama hamba yang derhaka dengan Tuannya.
saya menangis mengenangkan tiada peluang untuk membetulkan keadaan.
tiada peluang. jika masih hidup, sekurang-kurangnya dapat berbuat sesuatu. dapat juga berpatah balik.
tapi selepas mati??
dead end.

a real dead end.

a time to meet our Rabb, and yet have nothing to show to our Rabb.
segala amal kelihatan kecil. sekecil zarah yang tak nampak.
penyesalan yang tidak berguna.
menangislah sepuas hati.
saya tetap tidak akan dapat peluang membetulkan jalan hidup yang telah lalu.
menangislah
merataplah meminta ampun dariNya
ia tetap menjadi
kekesalan yang tidak berguna.

api yang marak menyala-nyala sedang menunggu.

lantas saya terjaga dari tidur.
bersyukur masa saya belum sampai.
terus ku sujud bertahajud, mendekatiNya.
berTAUBAT

Thursday, 24 July 2008

Nasheed: It’s all in the words



Alangkah bahagianya jika mereka benar2 mamahami apa yg mereka nasyidkan..
Perjuangan,
perpisahan,
mencari keredhaan dan keampunan Allah,
tujuan hidup,..

Macam2 perkataan yg indah dan sangat kuat yang keluar..
Itulah nasyid.
Yg membezakan nasyid dgn genre lain hanyalah kata-katanya..
Sebab itulah saya jarang nak masuk pertandingan nasyid. Sebabnya selalunya saya akan kurang setuju dgn pemilihan lagu…(saya memang degil sedikit)
Pada saya, lagu yg dipilih seharusnya mempunyai kata-kata dan mesej yg kuat untuk disampaikan.. bukanlah sekadar kata-kata yg berbunga-bunga sastera ataupun lagu ukhuwah untuk feel good saja.
It’s a medium of dakwah, so go on use it as maximum as possible.
If ur nasyid can touch people, can make people cry, and remember Allah, then congrats to u!

Berbalik kepada persoalan awal. Ya, dahulu saya orang biasa yg menyanyikan lagu nasyid sekadar suka-suka tanpa pemahaman mendalam. Saya juga pernah di tahap tak suka dengar lagu nasyid2 ni. Itu cerita dulu. Kini saya menangis bila mendengarkan lagu Hijrah daripada Nowseeheart..huhu..I put myself in the hijrah event when I heard that song. Sekarang saya sudah faham maksud perjuangan yang dinyanyikan dalam nasyid2 tu..alhamdulillah

“Wahai adik2, ku doakan semoga suatu hari nanti awak dikurniakan kefahaman ad-deen yg sebenar. Moga kita akan sama-sama faham apa yg dinasyidkan tu.”

Songs on my fave playlist right now:
1. para pencari mu – ungu
2. ku berlari – firdaus
3. erti syukur – unic
4. belajar dari ibrahim – snada
5. mabadiuna – snada
6. hai mujahid muda – izzatul islam
7. atas nama cinta – unic
8. rahmat ujian – mestica
9. satu tekad – unic
10. monggol dah pulang – XPDC
11. kehidupan – nazrey
12. islam – raihan
13. people of the boxes – dawud wharnsby ali
14. mencari cinta sejati – caliph
15. cinta rosul – nasitakustik

oh ye, bilalah nak tengok videoklip kumpulan nasyid kita betul-betul menyampaikan mesej lagunye. Balik2 dok tayang muka mereka menyanyi kat beberapa lokasi yg pelik2. Penggiat nasyid, tolong buat video klip anda meaningful. Kalau tak, kami akan buat je kat movie maker hehe.. biar org faham sket lirik lagu anda. Ni nyanyi nasyid nak sampaikan dakwah ke apa? Hehe..
:) saya sangat suka video Allah Knows by Zain Bikha dan Dawud Wharnsby Ali

sebab isu ni keluar?? --> tadi masuk ptandingan nasyid dgn adik2 yg sgt best! sayang korang semua. sorilah saya terbatuk2 atas stage

Friday, 18 July 2008

Fitrah Manusia




Fitrah manusia ialah sentiasa mencari kebaikan. Mahu menuju ke arah kebaikan. Itulah sebabnya kita lihat ada keinsafan yang terbit dalam jiwa manusia yang normal, mahu bertaubat. Kita juga lihat fitrah manusia mencari TuhanNya, iaitu jika dipandu baik, akan membawa kepada fikrah islam.

Maka bila orang berkata, di peringkat remaja ada masanya kita rebellious, melawan ibubapa, terkeliru dengan personaliti diri dan membuat jahat adalah sesuatu yang normal, saya terfikir; benarkah itu normal?

Haruskah kita keliru dengan diri sendiri sedangkan kita sudah mempunyai al-Quran dan As-Sunnah yang lengkap sebagai panduan?
Adakah junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W juga menghadapi saat-saat sukar seperti itu?
Bagaimana pula dengan kisah pemuda kahfi?
Ataupun kematangan Saidina Ali?
Mahupun Sultan Muhammad Al-Fateh yang menakluk Constantinople pada usia yang maíz remaja?

Saya terfikir, teori psikologi remaja itu seperti tidak releven. Malah, saya juga merasakan seperti saya tidak pernah melalui peringkat itu. Sebenarnya semua teori itu hanya berlaku pada generasi yang lemah, yang tidak tahu tujuan kehidupannya di dunia ini. Mereka tidak sedar bahawa mereka diciptakan oleh Allah SWT dengan tugas yang penting, lalu mereka dibesarkan tanpa pengetahuan itu dan akhirnya leka di dalam kehidupan dunia.

Saya pernah terbaca satu artikel tulisan seorang warga Amerika menyatakan bahawa kanak-kanak kita sejak kecil lagi dibebankan dengan isu-isu dunia yang berat seperti kemiskinan dan peperangan di negara lain. Lalu saya terfikir, benarkah mereka terbeban? Benarkah mereka terlalu muda untuk itu? Jadi apakah masa yang sesuai untuk mendedahkan mereka kepada realiti di sekeliling mereka dan tanggungjawab mereka? Kemudian, pada masa yang sama, kanak-kanak di Kemboja, Palestin dan beberapa negara yang tidak aman juga mengangkat senjata.

Ini menjadikan saya agak keliru pula dengan faktor usia dan kematangan ini. Maklumlah, kini saya sendiri dikelilingi orang-orang dewasa yang berkelakuan seperti budak-budak. Malah dulu juga saya seperti itu. Dunia juga telah melatih kita untuk menjadi bodoh dan kekal menjadi kanak-kanak. Masakan tidak? Kita sering dimomokkan dengan kartun-kartun, komik, teddybear yang comel, cerita superhero, dan games yang tidak logik. Memang benar, sedikit sebanyak ia telah mengganggu psikologi kita.

Di saat saya tertanya-tanya, akhirnya seseorang memberikan jawapan yang saya nantikan. Seorang kakak pernah berkata, Allah SWT telah membahagikan manusia kepada beberapa peringkat umur. Di antara kayu ukurnya adalah umur kita mumayyiz dan akil baligh. Jadi sewaktu akil baligh, kita sudah sepatutnya tahu mana yang baik atau buruk, dan sudah berilmu untuk menjadi imam dalam solat. Bukan lagi seorang remaja yang masih khayal dan membazir masa dengan Naruto dan merempit di jalanan.

Bila sebut pasal fitrah juga, saya pelik dengan keterbalikan fitrah manusia kini. Manusia berlumba-lumba mahu menjadi jahat. Manusia kini berbangga menjadi manusia yang nakal, manusia yang jahat. Malah mereka malu untuk membuat kebaikan.
Katanya malu menjadi budak baik atau budak skema.
Dunia benar-benar sudah terbalik.
Manusia sepatutnya “adopt” fikrah islamiyah, tetapi jalan syaitan pula yang diikuti. Mungkinkah mereka sudah digoda syaitan dan iblis, lalu mengabaikan fitrahnya?
Bila manusia tidak mengikut fitrahnya, maka kehidupannya akan hancur dengan sendirinya…mampukah kita tunggu dan lihat sahaja?

i R o N i K

Situasi #1

Hari-harinya dimulakan dengan ayat-ayat Allah,
berdoa,
bertasbih memuji Allah,
Kemudian pula bila sudah tamat waktu Subuh,
dibukanya radio sekuat-kuatnya.
Lagunya?
Memuji dan memuja cinta manusia, lebih daripada cinta Allah.
Bait-bait liriknya mengatakan tidak boleh hidup tanpa kekasihnya.
Nampaknya seperti tiada bezanya dengan mensyirikkan Allah.

Situasi #2
Majlisnya dimulakan dengan ayat-ayat Allah, dengan doa untuk memberkati majlis,
Kemudian diteruskan pula dengan acara nyanyian mengagungkan kecintaan terhadap manusia, atau negara melebihi segala-galanya, termasuk Allah SWT.
Di manakah sebenarnya kita letakkan Allah? Di dalam hati kita atau sekadar dalam doa?

Memang ironik. Umpama seorang doktor yang membantu menyelamatkan pesakitnya di waktu siang dan membunuh pula orang lain di waktu malam.
Tetapi lebih ironiknya kita telah mensyirikkan Allah secara tidak sedar. Ia bukan sekadar sebuah lagu. Lagu yang dimomokkan setiap hari pasti menusuk jauh ke dalam hati kita.
Bait-bait lagunya kita hafal melebihi menghafal ayat-ayat cinta daripada Allah SWT. Ironik bukan?

Abu Jahal si Jahiliyah

Definisi jahiliah yang biasa kita dengar adalah bodoh, dan tak tahu.
Abu Jahal digelar sebegitu adakah kerana ia bodoh atau tak tahu?
Abu Jahal tahu impak yang dibawa oleh kalimah syahadah yang dibawa oleh Islam, maka dia takut untuk mengakuinya, kerana mengakui kalimah syahadah bermakna mengakui bahawa seluruh kehidupan hanyalah berpaksikan kepada Allah SWT dan tiada selainNya.

Dua kalimah ini juga meletakkan tanggungjawab di bahu pengucapnya untuk memastikan seluruh alam tunduk kepada penciptaNya.
Lalu Abu Jahal yang bodoh ini hanya memikirkan kerugian yang bakal dihadapi dari segi perniagaan, amalan nenek moyang yang diwarisi dan perkara-perkara lain apabila mengucapkan dua kalimah tersebut.

Betapa singkatnya pemikiran beliau!
Betapa ruginya beliau!

Di atas sebab itu jugalah beliau sering mengganggu usaha dakwah Rasulullah untuk membawa kebenaran Islam.

Masih adakah Abu Jahal dalam kalangan kita?
(jika dilihat AJ tak mahu ikut islam kerana takutkan kerugian kecil, manusia zaman kita pula takut nak ikut islam sebenar kerana takutkan pandangan orang, takut nak meninggalkan kebiasaan dan keseronokan, takut kehilangan keluarga dan kawan-kawan?)

Rib’i bin Amir dengan pakaian compang-camping ketika berjumpa Rustum, Panglima Perang bangsa Parsi telah berkata:

“Sesungguhnya Allah mengutus kami untuk mengeluarkan manusia ini dari perhambaan kepada sesama manusia menuju perrhambaan hanya kepada Rabb manusia, dari kesempitan dunia,menuju keluasan akhirat, dan dari kezaliman agama-agama (selain islam)"

Dunia ini sempit berbanding akhirat yang tiada akhirnya (eternity). Segala nikmat yang didapati sekarang hanyalah umpama mikrob yang halus berbanding nikmat di akhirat yang juga umpama seluruh alam cakerawala ini. tetapi manusia masih lagi mengejar dunia dan memilih untuk menjadi hamba kepadanya.

Hasilnya, manusia kini berhambakan duit, televisyen, cinta, fesyen, muzik, komputer, dan hobinya.
Apa yang dinyanyikan di mulutnya adalah “I cannot live without you”
Padanya “tiada lafaz yang lebih agung dari kalimah cinta seorang wanita”
Hidupnya tidak bererti tanpa cable tv atau kad kredit, atau kereta kesayangannya.

Di manakah paksi kehidupannya?
Di manakah nilai syahadahnya?


Apakah Ilah (sembahan)nya yang sebenar?
Apakah erti Allah pada kita sebenarnya?

Kalimah syahadah yang kita sebut setiap kali dalam solat:
“TIADA Tuhan yang disembah MELAINKAN Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.”

Al-kahfi:14
Dan kami telah meneguhkan hati mereka di waktu mereka berdiri, lalu mereka berkata; “Rabb kami adalah Rabb langit dan bumi, kami sekali-kali tidak menyeru Ilah selain Dia. Sesungguhnya kami kalau demikian telah mengucapkan perkataan yang amat jauh dari kebenaran.”

Menyembah Allah SWT dengan penuh keimanan dan keyakinan membawa kita kepada kebenaran yang hakiki, iaitu Islam. Jika kita menyeru kepada selain Allah, maka kita telah membawa ke jalan yang menjauhi kebenaran, iaitu jalan yang menuju kemusnahan.

Jalan apakah lagi yang menjauhi Islam dan syurgaNya?
Fikirkan.

Al-kahfi: 15
“Kaum kita ini telah menjadikan selain Dia sebagai illah-illah (untuk disembah). Mengapa mereka tidak mengemukakan alasan yang terang (tentang kepercayaan mereka). Siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah?”

Apabila kita menyembah benda lain lebih daripada Allah, maka secara automatik kita menjadi orang yang zalim. Ini kerana kita tidak mengikut fitrah dan tidak membawa kepada kebenaran. Lihat sahajalah kepada dunia materialisme yang kita duduki sekarang. Bukankah banyak pembohongan dan kezaliman yang berlaku?

Al-Jatsiyah:23
Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai illahnya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmuNya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya serta meletakkan tutupan atas penglihatannya?

Mahukah kita membiarkan Allah mengunci mati pendengaran, penglihatan, dan hati kita daripada mendekatiNya disebabkan oleh perbuatan kita sendiri yang terlalu mengikut hawa nafsu? Mahukah kita dibiarkan sesat tanpa arah tuju?

Jahiliyah umpama makanan segera (fast food). Makanan segera memang nampak sedap berbanding nasi dan lauk sayur yang kita makan. Tapi, tanpa kita sedari, sebenarnya makanan segera yang sedap itulah yang merosakkan tubuh badan mereka dari dalam sedikit demi sedikit.
Malah, lebih teruk lagi, ia membunuh kita.

Itulah yang berlaku sekarang. Kita nampak jahiliyah itu lebih seronok dan mudah daripada jalan Islam, tapi sebenarnya ia merosakkan fitrah kita sebagai manusia ciptaanNya. Satu kerugian besar buat kita dan seluruh umat manusia.

Pilih : Jahiliyah atau Islam?

Wednesday, 2 April 2008

khazanah sekolah!


perpustakaan sekolah adalah di antara tempat yang paling best dalam dunia ni..!!
walaupun ia mungkin hanya sebuah perpustakaan sekolah rendah, tapi jangan sesekali kita pandang sebelah mata..
ini kerana, ada kemungkinan kita akan terjumpa banyak khazanah bernilai yang tidak disangka2. tahun lepas, di sekolah yang saya jalani praktikum, saya terjumpa berjilid-jilid majalah dakwah. tak pernah sangka majalah seperti itu wujud di zaman 80 an dahulu. dan yang paling tak sangka, sekolah itu ada bahan seperti itu!
minggu lepas, saat saya membelek-belek buku kanak-kanak tentang perang-perang dan nabi-nabi, tiba-tiba saya terpandang sebuah buku bertajuk "Sains Sosial & Sains Tulen". tulisan I.R. ALFaruqi,terjemahan ke bhs melayu, cetakan DBP 1989.
truly a hidden treasure!
so cikgu, go and check out your libraries! you might find a real gem there!

Tuesday, 22 January 2008

erti maaf dan berlapang dada..



Air mata berlinangan laju
Di dalam hati
Saat itu baru teringatkan Dia
Bergegas mencari pembasah hati
Mencari-cari tempat berlindung
Jauh dari mata-mata yang memandang

Risau
Kesal
Rindu
Mengapa sekarang?
Mengapa baru kini aku mencari?

Virus-virus menyerang
Cucukan demi cucukan
Mengguris jiwa

“Nothing personal,
Nothing personal,
Be professional,
This is my profession,
Since I confessed my shahadah!”

Lalu kupujuk hati
Demi kebaikan semua
Tangan dihulur
Maaf dipinta
Jiwaku terus bersinar

Berlapang dadalah!
Semoga hatiku menjadi tenang
Terus kukuh,
teguh di jalanNya.
Amin.

 terimakasih Allah kerana menghantarkan tenteraMu di saat-saat suram dan sukar.
 sentiasalah meminta maaf daripada orang di sekeliling kita kerana kita mungkin tak sedar sedikit perbuatan kita atau kata-kata kita boleh menyentuh hati mereka negatively.
 My dear friends out there, minta maaf banyak2 segala salah silap saya selama ini. Semoga tiada apa yang disimpan di dalam hati…saya bukan manusia sempurna..ingat-ingatkanlah saya jika ada tersilap langkah dan kata..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails