Thursday, 13 December 2007

Just for FUN. what is FUN?

Bagi manusia yang sudah tetap dan nampak matlamat hidupnya sebagai seorang yang mengucapkan syahadah sepenuh jiwanya, sepatutnya…
Tiada istilah “just for fun”.
Dia tidak akan ada perbuatan yang dibuat sekadar suka-suka.
Dia adalah orang yang bersungguh-sungguh mendampingi iman.
Kerana orang yang beriman tidak mensia-siakan masanya dengan perbuatan yang sia-sia dan tidak bersandarkan kepada Allah.

Jadi, Islam ini “no fun” ke?
Sebenarnya apa gunanya “fun” yang tiada makna?
Buktinya, orang yang keluar “having fun” katanya, hatinya pun entah-entah tidak tenang tenteram. “fun” yang dinikmatinya juga bersifat sementara. Malah, selalunya membinasakan dirinya juga. Sedangkan orang beriman yang menghadapi pelbagai kesukaran, malah berdepan dengan hukuman maut pun masih mampu tersenyum tenang.
Mereka nampak teraniaya, tapi sentiasa tenang dan bahagia di hati. Kerana mereka ada Allah di hati mereka.

Jadi siapa yang “having fun” sebenarnya?
Di syurga kelak siapa yang akan mendapat keseronokan atau “fun” yang abadi?
Nak biar dia seorang sahaja?
Atau awak seorang sahaja?
Kenapa tidak kita semua? Kita ajak semua menuju jalan Allah. Keseronokan akhirat yang lebih abadi…

Bak kata Syed Qutb dalam Hidup di bawah bayangan Quran:

“Segala sesuatu yang dicapai oleh seseorang di dunia ini bukanlah merupakan seluruh habuannya, malah merupakan sebahagian dari habuannya sahaja.
Segala balasan yang terluput di dunia ini tidak akan terluput di Akhirat nanti.
Di sana balasan tidak akan mengalami penganiayaan, pengurangan, dan kesesiaan.
Peringkat perjalanan yang dilalui manusia di bumi ini merupakan peringkat perjalanan di sebuah alam hidup yang lumrah, sebuah alam sahabat yang mesra dan sebuah alam yang mempunyai roh yang sentiasa menerima, menyambut, dan ia bertawajjuh kepada Allah Pencipta Yang Maha Esa sebagaimana roh orang yang beriman bertawajjuh kepada Nya dengan penuh khusyuk.”


Oleh itu, jika soalan saya sekarang adalah:
“Kenapa awak buat tu?”
Jika awak mampu menjawab:
“InsyaAllah semata-mata hanya kerana untuk mendapat redha Allah”

Saya ucapkan Tahniah!
Sekurang-kurangnya matlamat hidup awak tercapai sekaligus mendapat pahala dan dijanjikan syurgaNya.
Oleh itu, bila buat sesuatu, fikirlah baik-baik. Semoga Allah beri petunjuk.

“Begin with the end in mind”

Beriman kepada kitab??


Sejauh mana kita beriman kepada kitab Al-Quran?
Belek pun tidak.
Baca pun tidak.
Faham apatah lagi?
Bila dah boleh baca pula, kita baca saja. Tidak sampai ke hati. Tak ubah umpama si orientalis barat.
Apa yang kita suka, kita ambil. Yang kita tidak suka, kita lempar jauh-jauh.
Yang kita rasa tak berape best, kita modify.
Maka, berimankah kita?

Bahagian poligami dan nikah kahwin kita ambil. Bab kejadian alam dan unsur-unsur saintifik yang diceritakan dalam alQuran kita ambil.
Bahagian suruh menutup aurat pula kita lempar jauh-jauh.
Bila Allah kata pasal hubungan lelaki perempuan bukan muhrim perlu dijaga kita kata zaman dah berubah, tak mengapa. Lagipun kita bukan buat benda tak elok atau pegang-pegang...banyak betul modify ayat-ayat Allah.
Zaman dah berubah? Bukankah masa SPM, PMR dulu kita jawab dalam peperiksaan Pendidikan Islam KBSM kata yang Al-Quran itu sesuai sepanjang zaman?

Hmmm...betulke kita percaya kepada al-Quran?
Betulke kita beriman kepadanya?
Al-Quran adalah umpama arahan dan nasihat daripada Allah, jadi mengapa pula kita tak nak ikut?
Allah yang menciptakan kita, Dia Maha Mengetahui, jadi kenapa pula kita persoalkan apa yang dikatakanNya?
Fikirkan.

Back to Quran.

Kronologi ke Surau (musolla)


Seorang pemuda,
hendak pergi ke surau.
Tiba-tiba rasa riak dengan perbuatan.
Mungkin harus aku patah balik?
Jangan!
Jangan patah balik!
Jangan tak jadi pergi pulak!
Nanti syaitan dan iblis ketawa gembira kerana tipu helahnya berjaya.
Betulkan semula niatmu.
Percepatkan langkahmu.
Berlawan dengan hawa nafsu, pasti menjadi suatu kemenangan yang manis.
Lagipun, pernahkah ada manusia yang rasa rugi apabila ke surau.
Buang masa? Taklah.
Tak rasa rugi masa pun.
Malah, rasa tenang dan gembira.

Marilah menuju kejayaan!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails