Friday, 12 October 2007

Lemas..


12 OKTOBER 2007. 2:07 AM

Malam ni malam terakhir Ramadan.
Esok hari terakhir Ramadan.
ESOK.
Bila mengenangkan bulan Ramadan yang dah nak habis ni,
rasa LEMAS
bila melihat masih ada yang membuang masa
depan tv,
bersesak-sesak membeli-belah,
menyanyi bergembira,
seolah-olah anak-anak kecil yang tidak mengerti hikmah Ramadan,
seolah-olah tiada amal ibadat yang perlu dikejar
di malam terakhir ini.

Rasa LEMAS pula bila dengar lagu raya.
Entah kenapa.
Mungkin dah mula rindu dengan kemanisan Ramadan.
Mungkin rasa kesal kerana amalan Ramadan tidak seberapa.
Mungkin kerana aku sedih melihat orang yang mengabaikan rahmat Ramadan di saat-saat akhir ini.
Apa yang kita bawa keluar Ramadan ini?
Masih adakah lagi Ramadan untukku selepas ini?

Sepatutnya Syawal ini disambut dengan penuh semangat.
Jika madrasah Ramadan berjaya mentarbiyah diri; jasmani dan rohani,
Maka seharusnya kita boleh bertakbir penuh semangat,
ALLAHU AKBAR!
Membuktikan bahawa kita telah MENANG
dan bersedia untuk menghadapi bulan-bulan yang mendatang
sebagai orang baru,
individu Muslim yang cemerlang!
bak emas yang bersinar-sinar!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails