Thursday, 13 December 2007

Just for FUN. what is FUN?

Bagi manusia yang sudah tetap dan nampak matlamat hidupnya sebagai seorang yang mengucapkan syahadah sepenuh jiwanya, sepatutnya…
Tiada istilah “just for fun”.
Dia tidak akan ada perbuatan yang dibuat sekadar suka-suka.
Dia adalah orang yang bersungguh-sungguh mendampingi iman.
Kerana orang yang beriman tidak mensia-siakan masanya dengan perbuatan yang sia-sia dan tidak bersandarkan kepada Allah.

Jadi, Islam ini “no fun” ke?
Sebenarnya apa gunanya “fun” yang tiada makna?
Buktinya, orang yang keluar “having fun” katanya, hatinya pun entah-entah tidak tenang tenteram. “fun” yang dinikmatinya juga bersifat sementara. Malah, selalunya membinasakan dirinya juga. Sedangkan orang beriman yang menghadapi pelbagai kesukaran, malah berdepan dengan hukuman maut pun masih mampu tersenyum tenang.
Mereka nampak teraniaya, tapi sentiasa tenang dan bahagia di hati. Kerana mereka ada Allah di hati mereka.

Jadi siapa yang “having fun” sebenarnya?
Di syurga kelak siapa yang akan mendapat keseronokan atau “fun” yang abadi?
Nak biar dia seorang sahaja?
Atau awak seorang sahaja?
Kenapa tidak kita semua? Kita ajak semua menuju jalan Allah. Keseronokan akhirat yang lebih abadi…

Bak kata Syed Qutb dalam Hidup di bawah bayangan Quran:

“Segala sesuatu yang dicapai oleh seseorang di dunia ini bukanlah merupakan seluruh habuannya, malah merupakan sebahagian dari habuannya sahaja.
Segala balasan yang terluput di dunia ini tidak akan terluput di Akhirat nanti.
Di sana balasan tidak akan mengalami penganiayaan, pengurangan, dan kesesiaan.
Peringkat perjalanan yang dilalui manusia di bumi ini merupakan peringkat perjalanan di sebuah alam hidup yang lumrah, sebuah alam sahabat yang mesra dan sebuah alam yang mempunyai roh yang sentiasa menerima, menyambut, dan ia bertawajjuh kepada Allah Pencipta Yang Maha Esa sebagaimana roh orang yang beriman bertawajjuh kepada Nya dengan penuh khusyuk.”


Oleh itu, jika soalan saya sekarang adalah:
“Kenapa awak buat tu?”
Jika awak mampu menjawab:
“InsyaAllah semata-mata hanya kerana untuk mendapat redha Allah”

Saya ucapkan Tahniah!
Sekurang-kurangnya matlamat hidup awak tercapai sekaligus mendapat pahala dan dijanjikan syurgaNya.
Oleh itu, bila buat sesuatu, fikirlah baik-baik. Semoga Allah beri petunjuk.

“Begin with the end in mind”

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails