Thursday, 21 December 2006

Kata-kata guruku


Guruku pernah berkata…
Mesti baca doa sebelum makan.
Guruku ada berkata…
Membaca menambahkan pengetahuan.
Guruku selalu berkata….
Sesiapa yang nakal akan didenda.
Guruku selalu berkata…
Menolong orang lain akan dianugerah pahala.
Guruku selalu berkata…
Kalau hendak pandai mesti rajin bertanya.

Tetapi,
Bila ku pulang…
Ku tanyakan pada ayahku,
Katanya tidak senang.
Disuruhnya aku bertanya pada ibu.
Apabila ku tanyakan pada ibuku..
Dengan mata kuyunya, ibu berkata..
…tak mahu diganggu..
Kakakku?
Kulihatnya meluru keluar,
Menuju muka pintu.
Abang?
Berkurung dari pagi sampai ke petang,
Hatinya sering berperang,
Otaknya masih kontang,
Tak sedar aku datang,
Tak mahu aku datang!
Katanya denganku, masanya terbuang.
Terbuang?

Akukah yang terbuang?
Semua orang tiada masa
Dengan siapa harus kutanya?
Guruku?

Guruku selalu berkata..
Kalau tak faham, boleh tanya padanya.
Kalau ada masalah boleh berjumpa dengannya.
“Tanggungjawab dan amanah” katanya.

Guruku selalu berkata..
Keluargalah orang yang harus kita sayang.
Tapi wahai guruku..
Kaulah orang yang paling kusayang!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails